Monday, May 23, 2016

haihh..

kalau lah aku dapat patah balik masa..

aku tak nak approved kat fb
aku tak nak belikan biskut
aku tak nak wassap
aku tak nak g makan baskin robbin
aku tak nak g buat fyp kat old town
aku tak nak belanja makan burger king
aku tak nak ajak makan dip and dip
aku tak nak ajak g makan murni
aku tak nak ajak keluar ramai2 g ioi
aku tak nak bg teman aku balik melaka
aku tak nak cakap aku nak cuba dalam hubungan ni

seriously aku tak patut pun cakap nak cuba.. aku tak patut bagi ruang pun.. aku tak patut pun bagi peluang yang dia mintak..

ezaaaaaa :((  you should sealed everything back then.. it wasn't supposed to be a YES. it was supposed to be a NO for everything.. for every requests.. it was supposed to be NOOO!!


macam mana nii..

hmm.. dh seminggu dah.. tp................

rasa mcm menagih kasih pulak kat org yg dh tak nak..

kenapa jadi macam ni..

hmm.. :(

Sunday, May 15, 2016

apa maksud semua ni


Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku [2x]
Kekal bahagia selamanya [2x]
Bahagia

Coretan Dari Hati

Assalamualaikum, 

Aku menaip sungguh dari lubuk hati aku yang terluka.. Genap umur aku 24 tahun 10 hari.. haha! jujur aku cakap msg kau bagi aku pagi tu aku tak baca semua pun.. sebab aku pernah cakap aku fobia dapat msg panjang2 dari kau.. haha! so fobia aku tu adalah fobia yang sebenar benarnya.. aku baca dlm 3 4 baris atas je ak scrolled down terus baca "minta maaf" haha! dan sumpah cakap aku down.. hati aku ibarat ditumbuk tumbuk.. tapi ak x marah pun.. ak x melenting pun.. cuma yang terngiang dalam kepala "kenapa?" "xsihat ke?" "ada masalah kewangan ke?" "aku ada buat apa?" benda benda yang baik2 je laa.. aku tulis ni bukan nak blame kau.. tp aku x diberi peluang pun untuk meluahkan.. aku hanya diberi kata putus.. 

aku ingat lagi dulu kau pernah buat benda sama pada aku.. tapi kau tanya aku "kenapa tak pertahankan?" aku bukan tak nak pertahankan. tapi aku x berdaya. and kali ni aku pertahankan.. dalam keadaan jiwa aku yang tak berapa ok.. aku cuba tenang.. kot.. padahal nangess.. haha! tp jawapan yang aku terima "tak boleh" "benda ni akan jadi lagi" "dah tawar hati" tak apa lah.. sebab kau dah buat keputusan kan.. takkan aku nak maki walaupun benda ni TAK ADIL pada aku.. tp ak cuba aku cuba kuat fikirkan.. "ALLAH MAHA ADIL" aku tulis ni bukan niat nak menghukum kau.. tak ada.. aku tulis cuma ak nk terangkan sahaja apa yang aku rasa.. dan terpulang pada diri kau untuk pertimbangkan semula ataupun just proceed dgn apa kau mahukan. memang memang aku minta peluang.. sebab bagi aku BROKEN THINGS ARE MEANT TO BE FIX. Jadinya kau tak patut kot sebenarnya buang aku dari hidup kau.. u have no mercy on me.. :(

aku simpan impian banyak.. kau pun tahu kan, aku dpt peluang sambung master aku cakap aku tak nak, sbb aku nak kerja nak bantu kau.. aku tak nak kerja luar melaka 1 sebab aku nak duduk rumah lagi satu aku nak jaga batas aku dengan kau.. aku xnak kita selalu jumpa plus at the same time byk saving aku boleh buat tuk bantu kau.. aku tak pernah minta pun harta dari kau.. aku cuma minta keyakinan je untuk kau terus bagi aku semangat kejar apa yang aku rancangkan.. kau buat, kau tunjuk alhamdulillah.. aku hargai sangat.. tapi kenapa setengah jalan.......................? Allahu.. pedihnya.. pedih sangat bila kau ckp kau tgk aku kau rasa kosong.. pedih sgt.. aku tahu aku tak sempurna, aku tahu aku tak dapat menangkan hati kau.. aku minta maaf.. tp kan aku selalu cakap itu semua aku tak nak buat sebab kita x sah lagi.. aku nak simpan beberapa perkara supaya benda tu x jadi terlalu biasa.. tp kau... tp kau... hmm.. ak xtau la nak cakap mcm mana.. jahat sgt ke aku ni :(.. apa dosa aku.. hina sgt ke aku dari pandangan mata kau sampaikan kau tak dapat nak rasa tenang bila tgk aku.. kesempurnaan apakah yang kau cari sebenarnya............?

jujur aku cakap.. aku pun diuji berbulan bulan lamanya.. rasa kosong bila contact kau, rasa x happy, rasa x suka dengar suara kau, rasa mcm xde perasaan apa2.. ak pernah diuji.. berbulan.. ak xnk certita sbb aku takut kau gelisah.. sbb tu aku ada datang KL jumpa kau.. berdepan dengan perasaan aku.. tapi aku x berganjak sikit pun untuk tinggalkan kau.. sbb aku sayangg.. aku sayang perngorbanan kau pada aku.. aku anggap tu semua hasutan je.. ak doa minta petunjuk.. alhamdulillah.. perasaan mcm tu aku dh x rasa dah.. tapi.. npe semudah tu je kau lupakan pengorbanan aku pada kau.. npe mudahnya kau sia2kan apa yang aku rasa.. Allahurabbi.. :( and one thing kau ingatlah tak pernah terdetik pun ak nak cakap kau ni beban pada aku.. x pernah pun sebab aku ambil positive di mana kau sentiasa ada.. kau x biarkan aku sendirian. tapi harini....... ak hilang kekuatan tu..

and aku ada banyak sgt benda nak tanya sebenarnya.. tak pe lah x dapat tanya kat kau depan2.. aku tulis kat sni je lah.. moga Allah bagi aku jawapan.. aminn.. 

kau minta tuk tinggalkan aku hari sabtu.. kau cakap kau dah lama x rasa apa2 pada aku.. tp kenapa beberapa hari sebelum tu 

1) kau cakap kau rindu? (rindu tu hanya dari bibir ke?)
2) kau keluarkan statement "pilih subaru ke pilih saya?" (padahal masa tu ak rasa kau dah ada     niat      dah tuk tinggalkan aku)
3) kau cakap "i love you" ? (selama bertahun kita kenal, kenapa masa tu kau cakap buat kali                    pertama? padahal kau dh lama rasa kosong kat aku )
4)  kau still cerita impian kau dengan aku ? (and tak sampai 2 hari kau cakap masa depan kau       dah     xde aku )
5) tiba2 kau boleh ragu dengan diri aku ? (sedangkan aku x buat jahat pun pada kau)
6) lastly, npe kau tergamak buat aku mcm ni? :(( 

Perempuan Di Uji

haa selalu sangat aku baca "perempuan di uji sewaktu lelaki itu susah dan lelaki diuji sewaktu mereka senang" wallahu'alam.

ak dh cuba sedaya upaya aku untuk tahan ujian sewaktu lelaki itu susah.. aku meletakkan situasi di mana aku sentiasa faham akan keadaan dia yang tak boleh nak beri aku rasa seperti orang2 lain yang bercinta dimanjakan dengan pelbagai hadiah and surprise!! hehehe.. alhamdulillah.

tp tak apa, aku bahagia je keadaan aku macam tu sekurang kurangnya aku tak dimanjakan dengan harta benda.. huhu.. tapi apakan daya mungkin dia dh selesa dengan hidup dia yang lebih bahagia untuk tolak aku ketepi dalam keadaan aku terkontang kanting baru masuk kerja.. hahaha! tak apa lah.. aku mungkin akan sedih, sebab aku dah tak dapat nak kongsi apa yang aku belajar, pengalaman baru aku kat tempat kerja, jatuh bangun aku.. hmm.. ak cerita dengan Allah aje lah.. nanti biarlah Allah sampaikan kepada hati2 yang sudi nak dengar.. haha! sedihnyaa ayat kau zaaaaa... 

oh pasal diuji tu.. hmm.. sebagai limitation pada diri aku.. aku rasa aku pass lah juga ujian sedemikian kot.. haha! syukur alhamdulillah.. apa yang aku selalu simpan dalam hati "aku takkan tinggalkan orang yg tgh susah demi mencari org yg lebih senang" aku tak buat.. syukur.. syukur.. kekuatan mcm tu still ada dalam diri aku.. *blushing sorang sorang.. haha

tak apa, kalau manusia benci kita.. x apa.. jangan Allah benci kita sudah lah.. wallahi , aku tak benci pun pada dia yang telah buat aku sampai mcm ni.. xpe lah.. mungkin pilihan di hati dia jauh lebih baik daripada aku.. mungkin? eh x laa.. PASTI! hehe.. 

HEART HURT

hmm aku admit, aku sakit sangat.. mana tak nya benda aku sendiri tak pernah jangka akan berlaku.. and berlaku secara tiba tiba.. haha! x sampai seminggu aku diiringi kata kata sayang, kata kata pujian, kata kata mengikat hati aku.. tak sampai seminggu pun tiba2 aku dicurahkan dengan ayat bahawa itu semua hanyalah sekadar paksaan dari hati. ALLAHU..

dulu selalu berjanji apa2 berlaku kita akan berbincang untuk selesaikan. tapi apakan daya yang pemberi nasihat itu sendiri tak meletakkan aku dalam keadaan tu walaupun sesaat. sakitnya ya ALLAH.. hati ni ibarat dah tak boleh nak percaya apakah itu sayang yang dimaksudkan, apakah maksud segala impian yang sering dikongsi apakah maksud berjanji akan tempuhi ujian bersama..

entahlah, aku selalu simpan dalam hati ni inilah yang terbaik buat aku. inilah manusia yang didorongkan Allah kepada aku untuk aku terus semangat mengejar mencari identiti aku. tp apakan daya yg terbaik ini bukanlah apa yang aku sering sangkakan.. terlalu banyak sangat angan angan yang sering aku gambarkan bila sudah sah jadi hak milik. tp rupanya khalayan semata mata..

Allahurabbi.........

*sakitnya menahan pedih ni Ya ALLAH.. ampunkan aku ya Rabbi..

ASSALAMUALAIKUM..

Hello Public Diary! So.. whats the occasion? haha!!

aku pilih untuk taip dekat sini lah memandangkan aku dah hilang tempat aku sentiasa berkongsi cerita, masalah, suka duka aku, impian aku etc etc etc.. all happend in sudden! tanpa aku sempat bersedia, tanpa aku sempat menarik nafas yang panjang. and tiba tiba DANG!!! semua memories, impian, rancangan, janji2 melangit terpaksa dikuburkan.. haha! 

Tapi xpe lah.. Aku masih ada ALLAH, ibu ayah dan sahabat2 aku.. syukur alhamdulillah..

Wednesday, September 23, 2015

If i could

If i Could 



Wish we could turn back the time to the good old days.

Days that i always wanted by you. Those time when you were always be with me, struggling to make me smile, to make my days full of laughter. The days that you don't treat me like an option, you were always trying to get my attentions, sending me cute text messages to cheer me up. Times you always find a single minute just to check on me. Those time when i was the one who don't want or need you. It has been different now. You are no longer you. 

I know i am not perfect ideal woman like you see in others or the one that had been together with you before i do. I mess up easily and fight for silly issues. I'm sorry cause i get jealous of the other women in your life, I'm sorry cause I'm too demanding and possessive, i behave like a kid and annoy you when you don't call or give me a message. I know i'm not what you always wanted. But, i'm me. Just me. Always begging for attentions. 

I'm so sorry that I couldn't be the person that you are always dreaming. I'm sorry I couldn't be like others that always understand your needs, giving what you want, makes you happy. I'm sorry cause I'm not a good lover like you always said. I'm sorry because its really hard to change into someone that i just can't. 

I realized that you are not happy being with me as you were before with others, i know that you are always knew that i am not perfect for you, not the right person to complete you and I'm just not good enough for you. And I couldn't be perfect for  you. 


I'm sorry for everything. I'll let you go and l'll let you fly.  If that can make you happy. 

If i could turn back time, I wish that you will never know me. 

Monday, July 9, 2012

1st Step

Alhamdulillah.. rezeki kami semua dapat tempat juga dalam pertandingan kemahiran.. :) terima kasih banyak2 atas peluang yang diberikan.. banyak benda aku dah dapat belajar sepanjang cuti sem ni. this is just a beginning.. banyak lg benda nak kena belajar.. congratulations all!! Reshal Forzad, Amirah Zainal, Faizil, Awang Ardime and Wak.. korang memang teammates yang terbaik! :D



Friday, June 15, 2012

adik - adik kmkn

adik2 group aku.. group 20 <3.. thank you for the opportunity given..  and i was very lucky to be with them for a week in kmkn.. miss my brothers and sisters! study smart! :)

ding dong~

salam satu malaysia blog! :D result sem dua dah kuar ni.. tp serious malas nak tgk sbb sir sham pn dh jmpe aritu duk pot pet pasal 1 kelas nye results an.. so... letak tepi je lah.. x best.. apa nak tulis pun x tau ni.. hmm....... xde pape la.. dhaa~

Thursday, March 8, 2012

HOI! :D

hey blog lama x melawat kau.. hehe.. pe cter? :P dah bulan 3 dah pun ni.. tmbah pulak tgh cuti MID SEM..kejap je masa berlalu.. so far kat mfi tu sangat2 terbaik la masa sem 2 ni.. alhamdulillah.. mula dgn msr pun dah gempak... pastu g volunteer karnival sukan ipts.. masuk la duit sikit tuk 5 hari tu.. bertambah murah rezeki dgn elaun lagi.. :) tambah lagi ramai kenalan baru sem ni.. wee~
hopefully dpt la nak tulis psal si dia.. dup3! hee~

Saturday, December 31, 2011

good bye 2011~ HELLO 2012 !!

Selamat Tahun Baru :) pe azam tahun baru?? hurm... rahsia2.. haha!
Alhamdulillah.. thank you 2011, for letting me meet wonderful people that became a part of my life and also for teaching me who'd stick by me and who wouldn't :) going to miss all the memories in two thousand eleven !
neway, down here are my favorite pictures of 2011 :')


T-15 2010/11 <3 this pic was taken on the last day in kmkn 3/3/11 :(
mmng x clear pun pic ni.. tp, ak still syg pic ni.. rindu nak berkumpul macam ni,,

ni lak pic ngn mira. baru habis final exam with our last paper chemistry! hurm.. ak x kan lupa tmpat duduk ak masa kat kmkn ni.. keliling ak sume dak2 penah carik pasal sepanjang kat kmkn.. haha

abg acap!! hee~ senior yang paling2 terbaik aku pernah jumpa sepanjang hidup ni.. :)
byk sgt dah abg acap tolong, nasihat, marah, guide aku since the first day aku jumpa dia kat mfi mse msr.. ni pic mse last day msr.. thank you 4 being a good listener ustaz! insyaAllah ak akan berusaha untuk menjadi lebih baik.

malam gala aidilfitri! haha! melin, ekin and mira! malam ni best la... dpat jumpa ramai students fist! harap2 de lagi majlis macam ni,, :)

ni pic during our last activities together in 2011~ penutup bagi tahun 2011 kat mfi laa. hee~


Friday, December 23, 2011

Genting Highland... LAGI.. :D

assalamualaikum... :) just came back from holidays.. haha! hitam3! erm.. xde g mne pun.. g genting highland je... almost 10 times dah kot g genting ni.. tapi kali ni musim hujan, so xde la istilah "aku g genting panas je" haha! g sna demam, sampai je sihat terus sebab cuaca dia.. :P ni lunch masa 1st day tu.. nasi lemak Rm 7.90! kaching! x abes rugi gila kot... so mkan la kasi
abes~


those foods ! i had them for my dinner! :)



siyes knyang sgt mlm tu.. alhamdulillah.... :) ok la.. ni pun dah nak hujung tahun kan.. rse nye ni lar last skali jalan2 tuk tahun 2011 nieh! kita tgk pe plak next year! hee~


tangan besar tu boleh pegang 12 biji telur... ishh3!

adik2!

Saturday, December 17, 2011

ada lagi :)



anak kucing ni ada orang jepun kasi.. dia jumpa kat atas st paul church.. haha! kesian kitten ni.. jalan pn nk mengigil.. kurus gila~ kat bawah kaki dia cm bengkak.. bawa g veterinar tadi rupanya usus dia dah terkeluar.. aiyakk.. mcm mne ni ? =.=' huhu.. ari isnin ni baru operate lah.. hee~ hopefully he will be ok after the operation.. :)

Tuesday, December 13, 2011

can somebody tell me?

HOW TO GET THINGS BACK THE WAY THEY USED TO BE ??

Sunday, December 11, 2011

bye2 :(




haihh.. anak kucing kat stadhuys ni.. dari 3 tinggal 2 lpas tu tinggal 1.. hari ni je semua dah xde.. :( sape yg amik anak2 kucing ni tolong la jaga elok2.. tau dah comel sgt kan? kalau rasa2 x bole nak jaga, ko letak je balik kat stadhuys tu.. x yah la amik bawak balik rumah..

Saturday, December 10, 2011

:(

baru lepas chat ngan sir sham niii...

Hurmm...

sedih sangat ni :(

Thursday, December 1, 2011

captured in 1st semester!

1st skali aktiviti kat mfi ak join kenduri nak sambut bulan ramadhan.. kat atas ni ak dengan adk Muhd Firdaus! baru 2 tahun.. :) best la dapat spent time ngn adk ni sbb dia ssh sgt nak dekat org.. x sampai sejam pun ak spent dengan adk ni my tears ran down when i passed him to his guardian.. kalau ada rezeki nak sgt jumpa lagi..
ni pulak adik rahim! salah sorng dari adk2 kat umah anak yatim.. nakal! tp dia baik ngan mira.. haha! yg pakai spek tu taufiq.. abaikan je dia.. haha! :P

next! jamuan hari raya! hee~ tgk atas tu.. nk siapkan board yg tu je.. sume org balik kul 4 pg.. haha! tu la main2 lagi buat keje.. sume dah penat.. papepun, process nak buat persiapan jamuan ni mmng best!
kaching! ni aktiviti yg masuk duit! volunteer for adidas! bagi aku, ni yg paling best tuk sem ni.. dengan x tdo nye, dengan jumpa mcm2 org.. dpat baju free lg.. haha! hopefully dpt join mizuno punya plak.. XD


aktiviti terakhir sekali ni la dia.. khidmat masyarakat kat pahang.. :) enjoy sgt dengan mereka2 yg terlibat ni.. orang2 kg kuala gandah!

adalah sorng brother ni gtau "busy sangat kamu ni sume nak join, jangan x amik pengajaran pulak" haha! okeyh.. insyaAllah.. ak belajar sikit2 ni.. well, there is nothing to regret, nothing to forget! :)