Monday, May 23, 2016

haihh..

kalau lah aku dapat patah balik masa..

aku tak nak approved kat fb
aku tak nak belikan biskut
aku tak nak wassap
aku tak nak g makan baskin robbin
aku tak nak g buat fyp kat old town
aku tak nak belanja makan burger king
aku tak nak ajak makan dip and dip
aku tak nak ajak g makan murni
aku tak nak ajak keluar ramai2 g ioi
aku tak nak bg teman aku balik melaka
aku tak nak cakap aku nak cuba dalam hubungan ni

seriously aku tak patut pun cakap nak cuba.. aku tak patut bagi ruang pun.. aku tak patut pun bagi peluang yang dia mintak..

ezaaaaaa :((  you should sealed everything back then.. it wasn't supposed to be a YES. it was supposed to be a NO for everything.. for every requests.. it was supposed to be NOOO!!


macam mana nii..

hmm.. dh seminggu dah.. tp................

rasa mcm menagih kasih pulak kat org yg dh tak nak..

kenapa jadi macam ni..

hmm.. :(

Sunday, May 15, 2016

apa maksud semua ni


Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku [2x]
Kekal bahagia selamanya [2x]
Bahagia

Coretan Dari Hati

Assalamualaikum, 

Aku menaip sungguh dari lubuk hati aku yang terluka.. Genap umur aku 24 tahun 10 hari.. haha! jujur aku cakap msg kau bagi aku pagi tu aku tak baca semua pun.. sebab aku pernah cakap aku fobia dapat msg panjang2 dari kau.. haha! so fobia aku tu adalah fobia yang sebenar benarnya.. aku baca dlm 3 4 baris atas je ak scrolled down terus baca "minta maaf" haha! dan sumpah cakap aku down.. hati aku ibarat ditumbuk tumbuk.. tapi ak x marah pun.. ak x melenting pun.. cuma yang terngiang dalam kepala "kenapa?" "xsihat ke?" "ada masalah kewangan ke?" "aku ada buat apa?" benda benda yang baik2 je laa.. aku tulis ni bukan nak blame kau.. tp aku x diberi peluang pun untuk meluahkan.. aku hanya diberi kata putus.. 

aku ingat lagi dulu kau pernah buat benda sama pada aku.. tapi kau tanya aku "kenapa tak pertahankan?" aku bukan tak nak pertahankan. tapi aku x berdaya. and kali ni aku pertahankan.. dalam keadaan jiwa aku yang tak berapa ok.. aku cuba tenang.. kot.. padahal nangess.. haha! tp jawapan yang aku terima "tak boleh" "benda ni akan jadi lagi" "dah tawar hati" tak apa lah.. sebab kau dah buat keputusan kan.. takkan aku nak maki walaupun benda ni TAK ADIL pada aku.. tp ak cuba aku cuba kuat fikirkan.. "ALLAH MAHA ADIL" aku tulis ni bukan niat nak menghukum kau.. tak ada.. aku tulis cuma ak nk terangkan sahaja apa yang aku rasa.. dan terpulang pada diri kau untuk pertimbangkan semula ataupun just proceed dgn apa kau mahukan. memang memang aku minta peluang.. sebab bagi aku BROKEN THINGS ARE MEANT TO BE FIX. Jadinya kau tak patut kot sebenarnya buang aku dari hidup kau.. u have no mercy on me.. :(

aku simpan impian banyak.. kau pun tahu kan, aku dpt peluang sambung master aku cakap aku tak nak, sbb aku nak kerja nak bantu kau.. aku tak nak kerja luar melaka 1 sebab aku nak duduk rumah lagi satu aku nak jaga batas aku dengan kau.. aku xnak kita selalu jumpa plus at the same time byk saving aku boleh buat tuk bantu kau.. aku tak pernah minta pun harta dari kau.. aku cuma minta keyakinan je untuk kau terus bagi aku semangat kejar apa yang aku rancangkan.. kau buat, kau tunjuk alhamdulillah.. aku hargai sangat.. tapi kenapa setengah jalan.......................? Allahu.. pedihnya.. pedih sangat bila kau ckp kau tgk aku kau rasa kosong.. pedih sgt.. aku tahu aku tak sempurna, aku tahu aku tak dapat menangkan hati kau.. aku minta maaf.. tp kan aku selalu cakap itu semua aku tak nak buat sebab kita x sah lagi.. aku nak simpan beberapa perkara supaya benda tu x jadi terlalu biasa.. tp kau... tp kau... hmm.. ak xtau la nak cakap mcm mana.. jahat sgt ke aku ni :(.. apa dosa aku.. hina sgt ke aku dari pandangan mata kau sampaikan kau tak dapat nak rasa tenang bila tgk aku.. kesempurnaan apakah yang kau cari sebenarnya............?

jujur aku cakap.. aku pun diuji berbulan bulan lamanya.. rasa kosong bila contact kau, rasa x happy, rasa x suka dengar suara kau, rasa mcm xde perasaan apa2.. ak pernah diuji.. berbulan.. ak xnk certita sbb aku takut kau gelisah.. sbb tu aku ada datang KL jumpa kau.. berdepan dengan perasaan aku.. tapi aku x berganjak sikit pun untuk tinggalkan kau.. sbb aku sayangg.. aku sayang perngorbanan kau pada aku.. aku anggap tu semua hasutan je.. ak doa minta petunjuk.. alhamdulillah.. perasaan mcm tu aku dh x rasa dah.. tapi.. npe semudah tu je kau lupakan pengorbanan aku pada kau.. npe mudahnya kau sia2kan apa yang aku rasa.. Allahurabbi.. :( and one thing kau ingatlah tak pernah terdetik pun ak nak cakap kau ni beban pada aku.. x pernah pun sebab aku ambil positive di mana kau sentiasa ada.. kau x biarkan aku sendirian. tapi harini....... ak hilang kekuatan tu..

and aku ada banyak sgt benda nak tanya sebenarnya.. tak pe lah x dapat tanya kat kau depan2.. aku tulis kat sni je lah.. moga Allah bagi aku jawapan.. aminn.. 

kau minta tuk tinggalkan aku hari sabtu.. kau cakap kau dah lama x rasa apa2 pada aku.. tp kenapa beberapa hari sebelum tu 

1) kau cakap kau rindu? (rindu tu hanya dari bibir ke?)
2) kau keluarkan statement "pilih subaru ke pilih saya?" (padahal masa tu ak rasa kau dah ada     niat      dah tuk tinggalkan aku)
3) kau cakap "i love you" ? (selama bertahun kita kenal, kenapa masa tu kau cakap buat kali                    pertama? padahal kau dh lama rasa kosong kat aku )
4)  kau still cerita impian kau dengan aku ? (and tak sampai 2 hari kau cakap masa depan kau       dah     xde aku )
5) tiba2 kau boleh ragu dengan diri aku ? (sedangkan aku x buat jahat pun pada kau)
6) lastly, npe kau tergamak buat aku mcm ni? :(( 

Perempuan Di Uji

haa selalu sangat aku baca "perempuan di uji sewaktu lelaki itu susah dan lelaki diuji sewaktu mereka senang" wallahu'alam.

ak dh cuba sedaya upaya aku untuk tahan ujian sewaktu lelaki itu susah.. aku meletakkan situasi di mana aku sentiasa faham akan keadaan dia yang tak boleh nak beri aku rasa seperti orang2 lain yang bercinta dimanjakan dengan pelbagai hadiah and surprise!! hehehe.. alhamdulillah.

tp tak apa, aku bahagia je keadaan aku macam tu sekurang kurangnya aku tak dimanjakan dengan harta benda.. huhu.. tapi apakan daya mungkin dia dh selesa dengan hidup dia yang lebih bahagia untuk tolak aku ketepi dalam keadaan aku terkontang kanting baru masuk kerja.. hahaha! tak apa lah.. aku mungkin akan sedih, sebab aku dah tak dapat nak kongsi apa yang aku belajar, pengalaman baru aku kat tempat kerja, jatuh bangun aku.. hmm.. ak cerita dengan Allah aje lah.. nanti biarlah Allah sampaikan kepada hati2 yang sudi nak dengar.. haha! sedihnyaa ayat kau zaaaaa... 

oh pasal diuji tu.. hmm.. sebagai limitation pada diri aku.. aku rasa aku pass lah juga ujian sedemikian kot.. haha! syukur alhamdulillah.. apa yang aku selalu simpan dalam hati "aku takkan tinggalkan orang yg tgh susah demi mencari org yg lebih senang" aku tak buat.. syukur.. syukur.. kekuatan mcm tu still ada dalam diri aku.. *blushing sorang sorang.. haha

tak apa, kalau manusia benci kita.. x apa.. jangan Allah benci kita sudah lah.. wallahi , aku tak benci pun pada dia yang telah buat aku sampai mcm ni.. xpe lah.. mungkin pilihan di hati dia jauh lebih baik daripada aku.. mungkin? eh x laa.. PASTI! hehe.. 

HEART HURT

hmm aku admit, aku sakit sangat.. mana tak nya benda aku sendiri tak pernah jangka akan berlaku.. and berlaku secara tiba tiba.. haha! x sampai seminggu aku diiringi kata kata sayang, kata kata pujian, kata kata mengikat hati aku.. tak sampai seminggu pun tiba2 aku dicurahkan dengan ayat bahawa itu semua hanyalah sekadar paksaan dari hati. ALLAHU..

dulu selalu berjanji apa2 berlaku kita akan berbincang untuk selesaikan. tapi apakan daya yang pemberi nasihat itu sendiri tak meletakkan aku dalam keadaan tu walaupun sesaat. sakitnya ya ALLAH.. hati ni ibarat dah tak boleh nak percaya apakah itu sayang yang dimaksudkan, apakah maksud segala impian yang sering dikongsi apakah maksud berjanji akan tempuhi ujian bersama..

entahlah, aku selalu simpan dalam hati ni inilah yang terbaik buat aku. inilah manusia yang didorongkan Allah kepada aku untuk aku terus semangat mengejar mencari identiti aku. tp apakan daya yg terbaik ini bukanlah apa yang aku sering sangkakan.. terlalu banyak sangat angan angan yang sering aku gambarkan bila sudah sah jadi hak milik. tp rupanya khalayan semata mata..

Allahurabbi.........

*sakitnya menahan pedih ni Ya ALLAH.. ampunkan aku ya Rabbi..

ASSALAMUALAIKUM..

Hello Public Diary! So.. whats the occasion? haha!!

aku pilih untuk taip dekat sini lah memandangkan aku dah hilang tempat aku sentiasa berkongsi cerita, masalah, suka duka aku, impian aku etc etc etc.. all happend in sudden! tanpa aku sempat bersedia, tanpa aku sempat menarik nafas yang panjang. and tiba tiba DANG!!! semua memories, impian, rancangan, janji2 melangit terpaksa dikuburkan.. haha! 

Tapi xpe lah.. Aku masih ada ALLAH, ibu ayah dan sahabat2 aku.. syukur alhamdulillah..